Sekejap ja rasa bulan posa thn nih…mayb kesibukan yang memanjang buat aku rasa Ramadhan tahun ni semakin hampir ke penghujungnya. Realitinya tinggal sepuluh hari ja lagi sebelum umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut hari kemenangan setelah sebulan melawan hawa nafsu dan godaan, hari yang cukup bererti bagi kita semua, hari raya Aidilfitri.
Tahun ni,1429 H merupakan tahun kedua aku beraya sebagai seorang mahasiswa “Universiti Diraja” (UPSI).Syukur alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan yang menimpa sepanjang bergelar mahasiswa, aku berjaya mengatasinya. Pengalaman beraya sebagai mahasiswa pada last year agak hambar..entahlah aku sendiri rasa macam tak best ja..kadang2 aku pk, dah tua kot tu yg kemeriahan dh rsa kurang..aku tgk adik2 aku ok ja..kalau bab duit raya tak payah cakaplah..sememangnya tahun lepas aku tak berjaya mengekalkan rekod duit raya terbanyak dalam my big family! Huhu, orang dah tak nak kasi dah kot sebab dah besau…
Alhamdulillah selepas cuti raya nanti kira-kira hampir seminggu, kehidupan kampus terpaksa aku teruskan dgn baki 3 mggu sebelum cuti semula study week and continue with final exam for three week.after that yuhuuu...cuti sem 5 minggu..kejap ja dah nk masuk sem 4..rasa mcm baru smalam ja reg UPSi(walaupun dah ada 2 batch Jr.heheheh)
Rasa rindu kepada kampung halaman terpaksa ku pendamkan buat seketika memandangkan kesibukan menyelesaikan tugasan. Tak macam sem2 lepas, tugasan sem ni lebih mencabar dan agak remeh skit..remeh serba-serbi, dari penghasilan sehinggalah karenah pengahsil..aduh..kadang2 pening gak memikio ni..but i take it as challenge to my life..what means a life without challenger..Kola Perhlieh..rindulah kat hang...aku tak sabaq nak balik nih...tak sabaq nak jumpa mak abah, tok wan,adik2, sepupu sepapat, mak sedara,pak sedara, kawan2, jiran2 yang kurindu...hampa semua tunggu no..28 ni aku balik lah...lapaq laksa ngan kutu mayang..rindu nak p pasar ramadah..bla..bla..bla..
Insya allah natikan kemunculan page khas utk tugasan etika dan ucapan hari raya ku.. Salam !
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment