Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDIL FITRI..

ALHAMDULILLAH selepas berhempas pulas hampir seminggu utk nk sediakan majlis berbuka puasa besama MT Per.Geog 2008/2009, semalam majlis berlangsung dengan jayanya..syukur..takde pa2 masalah spanjang mjlis berlangsung..cuma akmi di getarkan dgn kelewatan sesetgah EXCO dan Rexco masing2..mau taknya...sapa plak nak abiskan mknan yg dtempah utk 30 org mkn..nasib baik rexcoku nas ngan Zura tak bg tmpah 35..tdak membazir jer..to gurlz..thanks a lot for da commitment..sronok keje ngan korang..sma gak lah ngan rexco2 lain..buat suma yg hadir, trimas babyak2..insya allah kita akan kerja dbawah satu persatuan..hidup Geog!

pagi ni pn alhmdlillah present projek etika berjalan ngan lancar walaupun aku dihujani byk gak soalan..tp kira oklah takder sgt yg killer question..thanks a lot buat my luv frend..syaa..you are so creative..luv u so much my friend..buat keja mmg bersemangat giler..hasilnya ckp boombastik..tak lupe gak buat mbr2 havoc yg lain..thanks 4 da commitment..

penat, tapi feel nak balik slayang dah membara..bkn per sbb dah janjikan utk page hari raya ngan korang suma..insya allah diriku akan bertolak pulang ke kg lebih kurang sejam setengah dari post ini di send...tadi lpas etika trus tman nisa' ngan nuar g pejabat persatuan..kemas skit meja, buat carta org per..pastu siapkan kad raya utk lec ngan opis fac.. kul 1.10 baru sampai umah..

Buat semua muslimin& muslimat..salam aidilfitri 1429H..tangan dihulur maaf dipohon tanda sejuta kemaafan..Maaf zahir & Batin

khar, upsi, kita jumpa lagi seminggu dari skrang..bubbyeeeeee....



Monday, September 22, 2008

COUNTING THE DAY...




Menghitung detik dan ketikanya untukku berangkat pulang ke kampung halaman kira-kira tinggal tiga hari je lagi..hmm ni gambar aku tangkap msa nunggu kengkawan lain utk msk lab GIS for tutorial with Pn. Jen.masa capture gambo nih, tak der saper2 kat c2..so aku mlalah adegan menagkap gambar..bkn per utk fs aku gnakn poster Ayat-ayat cinta..tringin plak nk ltak gambar sndri..so aku pon layan je lah…hari ni saja aku bereskan 2 presentation. Satu utk minor satu g utk kos u..adus..rsa getaq pn ada gak..almaklumlah slalu aku yang soal mbr2 time diaorg present..ni part aku plak..alhamdulillah aku berjaya jwb gak berdasarkan pa yg aku tau..to kengkawan yg soal..thanks a lot..korang semua berjaya naikkan smgtku utk present kat dpn..to mbr2 fmly havoc..tq for da graet present for BnP..thanks 4 da commitment..dont forget, we have one present for etika ari khamis nih..sesungguhnya minggu ni adalah minggu presentation bgku dsamping ada 2 asgmnt yg perlu di submit..hmm pnat mggu laps dah kureng skit..mayb bsmgt nk beraya kot.hihihi

Sblm terlupa aku nak ucapkan heppy belated bufday utk tiga org sahabatku.semoga Allah pjgkan umor korang..d murahkn rzki, d beri nikmat kesihtan dan kegembiraan..smga apa yg d cta akn jd nyata...esok (23/9/2008) usien pnya birthday.., lusa 24/9/2008 birthday boys, mawan ngan puie..insya allah aku akn msg wish kat diaorg…sblm ni pn aku ada gak bg hint wish kat mawan. Aku post cmnt kat fs dia.antara bait2 kata aku tulis…:

“awk nk tau..saya ada sorang kwn..saya knal ngan dia msa thn 2003.masa tu sy bru ja daftar form 4 kat sek baru..dia ni mla2 dah ada kwn yg tggi lmpai..tp bla saya msk dlm klas yg sma ngan dia, kami bertiga trus jd kwn rapat..lpas tu tmbah lg sorang..kmi berkawan 4..tp ni crita saya dan dia..lpas spm kami msk form 6..klas pn sama lg..saya ingat lg masa nk amik stpm..saya ngan mbr2 yg lain slalu study kat umh dia.dia baik tau..slalu amik brat kwn2..suka bergurau..pandai melukis..hmm pndai nyanyi gak dia nih..saya harap Allah bg daya ingatan yg kuat utk terus sy ingat memori saya ngan kwn sy nih..terutama sekali dr start kmi berkawan smpai arini sy tak pnah lupa nk wish birthday dia..saya harap taun ni allah bg kesempatan utk saya ucapkan perkara yg sama utk kali keenam..Insya Allah..dialah sahabat sejati saya..sy bangga dapat kwn mcm dia..awk nk tahu sapa dia? dia tu awk lah..: )..w/pun zaman dh berubah, dunia dah maju...dia ttap mcm mla2 sy knal dlu..nama dia Marwan..”

Friday, September 19, 2008

TINGGAL SEPULUH HARI SAJA LAGI....

Sekejap ja rasa bulan posa thn nih…mayb kesibukan yang memanjang buat aku rasa Ramadhan tahun ni semakin hampir ke penghujungnya. Realitinya tinggal sepuluh hari ja lagi sebelum umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut hari kemenangan setelah sebulan melawan hawa nafsu dan godaan, hari yang cukup bererti bagi kita semua, hari raya Aidilfitri.

Tahun ni,1429 H merupakan tahun kedua aku beraya sebagai seorang mahasiswa “Universiti Diraja” (UPSI).Syukur alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan yang menimpa sepanjang bergelar mahasiswa, aku berjaya mengatasinya. Pengalaman beraya sebagai mahasiswa pada last year agak hambar..entahlah aku sendiri rasa macam tak best ja..kadang2 aku pk, dah tua kot tu yg kemeriahan dh rsa kurang..aku tgk adik2 aku ok ja..kalau bab duit raya tak payah cakaplah..sememangnya tahun lepas aku tak berjaya mengekalkan rekod duit raya terbanyak dalam my big family! Huhu, orang dah tak nak kasi dah kot sebab dah besau…

Alhamdulillah selepas cuti raya nanti kira-kira hampir seminggu, kehidupan kampus terpaksa aku teruskan dgn baki 3 mggu sebelum cuti semula study week and continue with final exam for three week.after that yuhuuu...cuti sem 5 minggu..kejap ja dah nk masuk sem 4..rasa mcm baru smalam ja reg UPSi(walaupun dah ada 2 batch Jr.heheheh)

Rasa rindu kepada kampung halaman terpaksa ku pendamkan buat seketika memandangkan kesibukan menyelesaikan tugasan. Tak macam sem2 lepas, tugasan sem ni lebih mencabar dan agak remeh skit..remeh serba-serbi, dari penghasilan sehinggalah karenah pengahsil..aduh..kadang2 pening gak memikio ni..but i take it as challenge to my life..what means a life without challenger..Kola Perhlieh..rindulah kat hang...aku tak sabaq nak balik nih...tak sabaq nak jumpa mak abah, tok wan,adik2, sepupu sepapat, mak sedara,pak sedara, kawan2, jiran2 yang kurindu...hampa semua tunggu no..28 ni aku balik lah...lapaq laksa ngan kutu mayang..rindu nak p pasar ramadah..bla..bla..bla..

Insya allah natikan kemunculan page khas utk tugasan etika dan ucapan hari raya ku.. Salam !

Wednesday, September 17, 2008

AYAT-AYAT CINTA



Sesuatu yang luar biasa bagi ku apabila menonton filem Ayat-Ayat cinta ni..dah 3 kali aku tengok, langsung tak membosankan..walaupun berlatar bahasa indonesia dan kadang kala Arab, aku jadi begitu tertarik dengan garapan cerita yang diadaptasi dari novel ini..Berpadanlah apabila suatu ketika sebelum ni aku ada membaca artikel yang filem ini begitu mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat Indonesia termasuk Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono..kalu ikutkan ranking bintang aku bagi 4 1/5 lah utk filem ni..memang best..

Watak fahri yang begitu warak dan melengkapi ciri-ciri seorang suami yang soleh telah berjaya dibawa oleh Fedi..mainan emosi,pakuan mata dan tangisannya benar-benar membuatkan kita begitu bersimpati dengan dirinya..

Watak aisha yang Masya Allah cantik lah…amat menepati ciri-ciri isteri solehah..walaupun berjilbab namun aisya lebih kelihatan bergaya dan anggun jika dibandingkan dengan watak Maria..Lirikan mata dan jelingannya aduh..begitu feel…setianya pada suami dan pengorbanan nya membenarkan Fahri mengahwini Maria amat menyentuh perasaan..

Jadi, apa tunggu lagi..Layan jer….tak rugi klau nonton…

Tuesday, September 16, 2008

AURANYA MEREKA

>Secara peribadinya aku amat mengagumi kepetahan dan karisma tokoh-tokoh ini apabila berucap..antara tiga orang tokoh yang btl2 aku kagumi public speaking dey all…
1) Allahyarham Soekarno-mengikut cerita abah , bila Bung Karno berucap..2-3 jam rakyat akan terpaku dan takkan menoleh walau beberapa detik..masya Allah betapa kuatnya aura bung karno, lagenda nasionalisme Indonesia ni..legasi kepimpinannya diteruskan oleh puterinya, Megawati Sukarnoputri..tp taklah menonjol cara percakapannya seperti almarhum bapanya...?
2) Y.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohammad-seorang negarawan ulung yang diiktiraf dunia antara 10 orang paling genius dalam dunia ni..sememangnya betul..dalam hidup aku belum pernah aku lihat seorang yang berlatar belakangkan pure science espcially medical yg mampu menguasai bidang ekonomi, politik malahan berbakat dalam bidang kesusasteraan..sememangnya Allah SWT menganugerahkan Malaysia seorang tokoh yang begitu hebat..

3) Dato’ Seri Anuar Ibrahim-seorang tokoh yang berkarisma tinggi..bila bercakap ramai gak yang terpegun..intonasi percakapannya bersemangat..sememangnya he born as politicians…

GIS OH GIS.....



Semuanya demi gis…aku telah mencipta sejarah tersendiri dalam hidupku.tak pernah seumur hidupku berjaga sehingga pagi semata-mata menyediakan tugasan.huhuhu..sememangnya terjadi untuk tugasan individu GIS ni..apa boleh buat dah nak kena submit ari jumaat..nak tak nak kena setle kan gak lah sebab banyak lg tugasan yg bakal menjelang…kalau berjaga setakat pukul 3@4 atleast sampai pukul 5 boleh consider lg..ni aku tido pukul 7 pagi!!! Adus….nasib baik hari ni cuti Nuzul Al-Quran..kalau nak ikutkan ada kelas Geog Malaysia( kalau tak cuti la…) awal plak tu..dah abis crita tido lewat..bangun plak awal..kira-kira aku sempat tido 3 jam lebih ja..bangun pukul 10.15..hai..nak buat macm mna,aku bkn spesies manusia yg boleh bangun tido lewat..dah dididik dari kecik smpai sekarang aku tak pernah terlajak tido sampai pukul 12 walaupun selewat manapun tido…

Alhamdulillah tugasan GIS dah hampir siap, tinggal nak masukkan gambar ngan edit skit2..petang nanti siap kot..(I hope so!).petang ni mayb ada practice music ngan en.renault…nak kena nyanyi ka aku ari ni..adoi…genre rock plak tuh..bukan jiwa aku beb..tapi tak pa..i get it as a challenge for a new experience…

Tidak ku sangka dan tak ku menduga..rupa-rupanya dia datang kembali..aiiii…ingatkan dah nak last2 posa ni dh tk berulang dah..ni semua sbb smalam mkn lauk masak lemak nangka lah..aku makan kul 10..mcm dah ada bau skit..tak makan takut membazir..masuk kul 12 dh berbuih..housemate aku, hilal tegur.dia cakap lauk aku dah berbuih.bla aku g chek hmm mmg sah dah basi..siap bergas mcm ada carbonate lg…insya allah utk masa depan aku takkan makan lagi masakan lemak spesies2 nya…cari ja lauk lain yg tak dak santan.

Berbalik kepada isu bangun awal..aku teruskan my routine as usual day…ngadap laptop baca paper utusan online..rata-rata komen pasal DSAI propa nk tubuhkan kerajaan baru..hakikatnya 16 Sept yg dijanjikan hanya tgl janji..sejauhmana kebenaran, Wallahualam..Atleast negara sekarang dah ada pembangkang yg betul2 efisyen..tak kiralah sandiwara ka, apa ka..dapat gak kita tengok pak-pak menteri gelabah tahap dewa..mulalah nk perbaiki kelemahan masing2..kita hidup sepatutnya kna trima pendapat org..bkn sekadar angguk,geleng dan tunjuk.

saya cintakan negara Malaysia, tetapi tidak semestinya saya cintakan pemimpinnya.-En . Yazid

Saturday, September 13, 2008

SEMEMANGNYA SEJARAH BERULANG

Kadang-kadang kita terpaksa menerima hakikat yang mungkin sesuatu yang kita inginkan tidak akan kita dapat. Itulah realitinya kehidupan.Ternyata pengalaman dan kegagalan lalu sedikit sebanyak mengajar kita untuk berfikir lebih dewasa dan matang peri pentingnya kehidupan dimuka bumi allah yang fana ini. Kita sedaya upaya berusaha memotivasikan diri agar sentiasa tabah dan sabar dengan setiap ujian Nya yang melanda..Namun adakalanya kita tewas..kerana kita insan biasa.Jiwa dan emosi yang meruntut dikejar kekecewaan.

Cukuplah jika kita tersedar dari sebuah lamunan yang cukup panjang bahawa sememangnya sudah tertulis apa yang menjadi hak kita selama ini adalah bukan milik kita selamanya.TakdirNya menulis itu hanya pinjaman seketika.Seketika untuk berbicara, gelak ketawa bersama, menangis dan menagih pilu bersama, bersenda gurau dan berkongsi segala-galanya walaupun jarak yang membataskan semua itu.Apa yang mampu hanya mengangkat tangan memohon kepadaNya agar diberi ketenangan, ketenteraman dan dihilangkan rasa kekecewaan.Semoga di ampunkan dosa-dosa terdahulu dan yang bakal dilakukan.

Maka berakhirlah satu lagi episod derita..kenangan AsBaR210708…

Thursday, September 11, 2008

.:,.:,.:.,;>,



ketika melayari internet tempoh hari saya ada terjumpa suatu nukilan kata-kata yang memberikan banyak persoalan dan pertanyaan dalam hati saya..kata-katanya agak mendalam dan mempunyai maksud yang tersirat.jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua. Saya pohon maaf sebab tak tahu siapa pemilik sebenar penulisnya untuk saya nyatakan bersama nukilannya ini.cukup saya gelarkannya sebagai H.A (hamba Allah).

"Bukan senang nak cari Seorang Kekasih.........
Yang sanggup menerima buruk baik kita,
Yang sanggup bersusah senang bersama kita,
Yang sanggup berkorban apa saja untuk kita,
Kekasih.. bukan "HAK MILIK" tapi "ANUGERAH".....

"Bukan senang menjadi Orang seperti Aku ...
Yang akan meyayangi Mu sepenuh hati,
Yang akan menyintai Mu setiap hari,
Yang akan melindungi Mu sampai mati,
Aku bukan "DEWA" tapi "INSAN BIASA"....

"Bukan senang nak Hidup Seorang Diri ....
Yang mengharungi hari hari sunyi,
Yang sendirian ke sana ke mari,
Yang selalu ingin ditemani dan disayangi,
Seorang Diri bukan "KEBEBASAN" tapi "PENYIKSAAN".....

"Bukan senang menjadi Sang Pencinta ...
Yang mengemis mencari hati setia,
Yang melirik bunyi jadi kata kata,
Yang di tolak kerana harta dan rupa,
Sang Pencinta bukan "PENGLIPURLARA" tapi "PENDITA"....

Nukilan, H.A

AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN




Inilah barisan majlis tertinggi persatuan geografi UPSI Sidang Akademik 2008/2009. Gambar ini diambil untuk penyediaan risalah untuk para pensyarah Jabatan Geografi UPSI dan semua ahli persatuan. Saya telah diamanahkan sebagai Exco Pengurusan Majlis untuk sidang kali ini. Semoga kerjasama yang erat dapat dijalinkan oleh semua bagi menjayakan visi dan misi persatuan kelak. Harapan saya agar mendapat kerjasama dari semua pihak.Insya Allah.

Ya Illahi, padamu ku pohonkan agar dipermudahkan segala urusanku ini..kau jauhilah ku dengan sifat takbur,sombong dan membangga diri..sesungguhnya takdir yang Kau tuliskan dalam hidup ku ini bukanlah untuk ku bermegah-megah..sebaliknya untuk ku terus menilai sejauhmana kesabaran dan kesanggupanku berdepan ujianMu..Ku pohonkan permudahkanlah segalanya ya Allah... Amin

OBSESIKU TERHADAP...





Kungfu Panda..salah satu filem animasi yang Berjaya menarik minat saya untuk terus menonton dan menonton..Walau sudah beberapa kali menonton file mini namun tiada istilah jemu dan bosan. Jalan cerita yang mudah, bahasa yang mudah anmun gerak laku animasi yang cukup hebat.Tambahan pula animasi-animasi haiwan sememangnya menjadi sesuatu yang obsess bagi diri ini.

Berbalik kepada filem Kungfu Panda,animasinya telah dialih suara oleh bintang-bintang mahsyur Holywood seperti Angelina Jolie dan Jackie Chan.Kadang kala terfikir juga mengapa industri filem animasi tempatan tidak menjadikan usaha penggiat filem Barat untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja menarik malah mengandungi unsur humor dan pengajaran yang banyak. Pernah industri filem animasi tempatan mencuba langkah berkenaan, iaitu filem Animasi Putih yang diadaptasi daripada ceritera rakyat Bawang Putih Bawang Merah.Ternyata sememangnya menarik.Ditambah pula barisan pelakon alihsuara yang berkaliber seperti Erra Fazira, M.Nasir, Raja Azura, Wan Maimunah dan Dato’ Mustaffa Maarof menjadikan filem berkenaan antara barisan filem animasi yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.

PETIKAN ANTOLOGI PENA 1




buat semua saya lampirkan hasil karya saya yang tidak seberapa namun menjadi koleksi peribadi yang ingin saya kongsi bersama-sama anda semua.

DI SINI DUNIAKU.


Lembah itu masih jua seperti dahulu
Tika aku masih bertatih
Enyuman salju di lembah Bukit Kubu
Puncaknya berliku, bak likuan hidupku
Aku masih terkenang
Merdu alunan ombak di Kurung Tengar
Pandangan terpukau pasir putih Sungai Berembang
Terasa tenteram sejagat jiwa....

Usia berarak bak mega di Seberang Ramai
Namun hatiku tidak sekeras banjaran Bukit Putih
Perasaan syahdu merentap bara api
Suatu sejarah silam, ternyata sukar diluput mindaku
Tragedi Seberang Tok Pi mengundang
Duka pilu yang mendalam
Pesisir derita lautnya, merentasi Titi Tinggi...

Tika aku pulang
Desaku masih seperti dulu
Ramah jiran tenang menyapa
Namun, pancainderaku tergamit jua
Aku melangkah kesana
Laman Brasmana terlalu indah menggamit
Terlintas kembali memori silam
Namun aku masih bersyukur
Kerna, Kuala Perlisku tetap subur
Subur di hati keturunanku
Kerna, disini duniaku....

SEMANGAT KHARIAN!!!!




Tahniah buat seluruh warga KHAR yang telah bertungkus lumus untuk mencipta Penyediaan jalur Gemilang Terbesar di Malaysia Menggunakan Tempurung Kelapa. Rekod ini tertinta dalam Malaysia Book of Record...tahniah...

SALAM

mabuhay! pertama sekali jutaan terima kasih buat rakan serumahku, hilal sebab sudi menunjukkan aku dunia blog ini.. salam pertemuan penuh jalinan ukhwah..insya allah dalam siri akan datang bakal kita selusuri pelbagai agenda, pahit manis bakal dicoretkan di medan ini..buat tatapan permulaan, atasi segala tugasan dengan penuh rasa tanggungjawab. trimas!

PENJENAMAAN SEMULA

jutaan kemaafan buat semua kerana saya terpaksa mencipta laman blog yang baru oleh sebab masalah teknikal.Selamat melayari....