Thursday, September 11, 2008

OBSESIKU TERHADAP...





Kungfu Panda..salah satu filem animasi yang Berjaya menarik minat saya untuk terus menonton dan menonton..Walau sudah beberapa kali menonton file mini namun tiada istilah jemu dan bosan. Jalan cerita yang mudah, bahasa yang mudah anmun gerak laku animasi yang cukup hebat.Tambahan pula animasi-animasi haiwan sememangnya menjadi sesuatu yang obsess bagi diri ini.

Berbalik kepada filem Kungfu Panda,animasinya telah dialih suara oleh bintang-bintang mahsyur Holywood seperti Angelina Jolie dan Jackie Chan.Kadang kala terfikir juga mengapa industri filem animasi tempatan tidak menjadikan usaha penggiat filem Barat untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja menarik malah mengandungi unsur humor dan pengajaran yang banyak. Pernah industri filem animasi tempatan mencuba langkah berkenaan, iaitu filem Animasi Putih yang diadaptasi daripada ceritera rakyat Bawang Putih Bawang Merah.Ternyata sememangnya menarik.Ditambah pula barisan pelakon alihsuara yang berkaliber seperti Erra Fazira, M.Nasir, Raja Azura, Wan Maimunah dan Dato’ Mustaffa Maarof menjadikan filem berkenaan antara barisan filem animasi yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.

No comments: