Kadang-kadang kita terpaksa menerima hakikat yang mungkin sesuatu yang kita inginkan tidak akan kita dapat. Itulah realitinya kehidupan.Ternyata pengalaman dan kegagalan lalu sedikit sebanyak mengajar kita untuk berfikir lebih dewasa dan matang peri pentingnya kehidupan dimuka bumi allah yang fana ini. Kita sedaya upaya berusaha memotivasikan diri agar sentiasa tabah dan sabar dengan setiap ujian Nya yang melanda..Namun adakalanya kita tewas..kerana kita insan biasa.Jiwa dan emosi yang meruntut dikejar kekecewaan.
Cukuplah jika kita tersedar dari sebuah lamunan yang cukup panjang bahawa sememangnya sudah tertulis apa yang menjadi hak kita selama ini adalah bukan milik kita selamanya.TakdirNya menulis itu hanya pinjaman seketika.Seketika untuk berbicara, gelak ketawa bersama, menangis dan menagih pilu bersama, bersenda gurau dan berkongsi segala-galanya walaupun jarak yang membataskan semua itu.Apa yang mampu hanya mengangkat tangan memohon kepadaNya agar diberi ketenangan, ketenteraman dan dihilangkan rasa kekecewaan.Semoga di ampunkan dosa-dosa terdahulu dan yang bakal dilakukan.
Maka berakhirlah satu lagi episod derita..kenangan AsBaR210708…
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment