Monday, October 20, 2008

DIA PERGI JUA....

“kullu nafs za ikatil maut”, sesungguhnya tiap yang hidup pasti menemui kematian..

Takdir Allah SWT telah menetapkan bahawa tanggal 17 Oktober 2008 M bersamaan 17 Syawal 1429 H, seorang insan yang cukup aku sayangi dan hormati pergi menyahut panggilan illahi. Angah menghembuskan nafas terakhir pada detik 8.40 pagi. Kira-kira jam 9.00 pagi aku dapat sms dr nabila.. “ mak dh takdak”..lantas aku terus telefon utk mengesahkan sms berkenaan..sememangnya benar..angah dah takdak..rasa lemah longlai ja badan..terus terdetik nk balik ziarah jnazah.. bla dpt inform nak kebumi lepas solat jumaat..waktu tu kul 9.15 pagi.aku pk mmg tak smpat dah bila balik..dalam kul 10, pak lang call cakap nak balik gak walaupun tak sempat nak tgk. Aku redha. Nasib baik sebelum balik kali kedua masa angah mula2 kritikal, aku selalu g tengok..tapi agak terkilan tak dapat nak tengok, nak kucup dia for last moment. Fikir balik drpd tggu kami kat kl ni, baik kebumikan dlu..tak payah siksa jnazah tggu lama2..lgpun aritu ari jumaat, ramai jemaah slpas solat jumaat. Aku gtau go on jew lah..

Angah yg aku kenali, seorang wanita yg cukup tabah dalam melayari kehidupannya. Bila disahkan menghidap barah payudara, dia tak pernah merungut hal penyakitnya. Sepanjang hayatnya, dia tak pernah mengeluh sakit, letih, takut dan sebagainya. Tak keterlaluan jika aku labelkan angah pesakit kanser paling sabar dalam dunia ni. Sepanjang menghidap barah, dia tak pernah menjadikan penyakitnya itu sbg alasan utk tidak dapat menikmati nikmatnya kehidupan di muka bumi Allah yang fana ini. Sebut saja di mana ada program sama ada berkaiatan persatuan WI (Wanita Islam)-angah pernah mewakili persatuan ini hingga peringkat kebangsaan, Pergerakan Wanita Umno Perlis- saban tahun menjadi pemerhati ke Persidangan Agung Umno sama ada diperingkat bahagian mahupun peringkat kebangsaan, dan sebagainya. Sepanjang hayatnya banyak keringat dan tenaga dicurahkan kepada keluarga dan masyarakat. Dalam bab kekeluargaan, sesibuk manapun angah, keluarga tetap diutamakan. Dialah isteri solehah. Ibu mertua ibarat ibu kandung, ayah mertua ibarat ayah kandung, ipar-duai ibarat saudara kandung, pendek kata, angah lebih mengutamakan keluarga kami disebelah arwah suaminya.

Takdir menentukan. Tanggal 11 Ogos 2006, angah sheq, suami angah kembali kerahmatullah detik 6.45 pagi akibat multy organ failure di ICU Hosp. Tuanku Fauziah, Kangar. Pemergian angah sheq pada hari jumaat itu sedikit sebanyak memberi tamparan yang agak hebat kepada angah yang ketika itu sudah disahkan menghidap barah. Sumber kekuatannya kini kembali menghadap Tuhan yang Esa. Dengan kudrat yang ada dia meneruskan kehidupan membesarkan dua orang puterinya.

Secara kebetulan atau telah ditetapkan di LohMahfuz, Angah Sheq, dan Angah Enon kembali kerahmatullah pada usia yang sama iaitu hampir menjejak usia 51 tahun. Arwah mereka juga kembali ke rahmatullah pada hari yang sama iaitu Jumaat, waktu yang hampir sama, pagi dan dikebumikan berdekatan, mengikut kedudukan solat suami isteri. (Angah sheq di hadapan dan Angah Enon dibelakang). Pada ari lahir aku, 18 Okt 2008 aku, mak lang, tok wan ngan my cousins menziarahi pusara arwah angah. Alhamdulillah, dapat gak mlwat wpun tak smpat menatap jnazahnya.

Kini, angah telah tiada.segala memori antara aku dan angah tersimpan rapi dalam tinta memoriku. Banyak sangat kenangan aku dengan angah.terlalu banyak. Sesungguhnya rahsia antara kami berdua, dia bawa bersama ke liang lahad Segala ilmu berkaitan masakan insya allah aku aku turunkan kepada sesiapa yang sudi. Harapan ku dengan usaha sedemikian, pahala ilmu yang bermanfaat itu dapat disalurkan sebagai ganjaran kepada arwah angah. Doaku semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkanya bersama org2 soleh, diampunkan dosanya. Semoga perjalanan rohnya aman, diterangkan kuburnya, diluaskan pusaranya. Semoga dia beroleh nikmat alam barzakh, mudah menjawab soalan kubur dan dijauhkan dari siksaan kubur. Amin

Untuk pengetahuan korang smua, tanggal 18 Oktober 2008 merupakan ulangtahun kelahiran aku yg ke-21. sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Awalnya aku plan nk smbut ngan fmly havoc kat UPSI, tetapi memandangkan aku ketika itu berada dalam “mood berkabung” so, aku pendamkan aja. Takpelah janji diaorg smua wish my bufday n pray for me. Itu pun dah memadai. Harapanku semoga aku menjadi insan yg tabah, lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan kelak. Doaku semoga aku diberi rahmat kesihatan dan kejayaan dlm pengajian. Semoga aku beroleh nikmat kegembiraan tanpa aku melupakan Nya.Amin. pada malam 18 okt tu gak, family kat sbrang buat kendri tahlil utk arwah angah.

Tribute for Allahyarhamah Norainul Bt. Mat Akib, 1957-2008... Al-Fatihah.




menatap wajah terakhir arwah angah hanya melalui foto

destinasi terakhir arwah angah. disinilah jasad angah disemadikan

bacaan talkin pada 18 Okt 2008, sehari selepas arwah angah disemadikan.

menyiram air mawar ke pusaranya.

No comments: